BERITA TERKINI
Pendaftaran Murid Tahun 1(2014) Pada 31.12.13(Selasa) pendaftaran murid bagi sesi persekolahan 2014 telah dijalankan bagi sekolah ini. Semua murid pra hingga tahun enam telah mendaftar dan mebuat pembelian peralatan sekolah. [] [] Penyampaian Keputusan UPSR 2012 Pada 19.11.2012(ISNIN) yang lalu Keputusan UPSR 2012 telah diperolehi daripada Kementerian PElajaran Malaysia. Pihak sekolah telah menyerahkan keputusan tersebut kepada murid dalam satu majlis yang ringkas dan telah dihadiri bersama ibu bapa murid. Pelajar yang mendapat 5A dan 4A telah diberikan hadiah iringan dan juga sejumlah wang sumbangan PIBG sekolah ini. TAHNIAH dan SYBAS!!!!!!! kepada semua
PELANCARAN PROGRAM SENAMROBIK 1M1S1M Sempena sambutan aktiviti bulan kecergasan 2012, seluruh sekolah dalam negara telah melancarkan aktiviti menjalankan senamromik secara serentak tepat jam 8.00 pagi pada 10.7.2012 yang lalu. Tidak ketinggalan sekolah ini telah turut serta. Lihatlah aksi-aksi staf dan murid sekolah ini yang menjayakannya. PESARAAN PN.HALIMATON GPK KOKU Pada 29.06.2012(JUMAAT) yang lalu sekali lagi sekolah ini kehilangan guru penolong kanan Pn.Halimaton Bt Ahmad kerana beliau telah memohon bersara awal. Sebelum ini Pn.Sitam Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid juga telah bersara bermula 1 Jun yang lalu. Sesungguhnya sekolah telah kehilangan guru-guru yang telah banyak menyumbangkan khidmat baktinya selama ini di sekolah ini. Semuga keduanya akan berbahagia dan sihat selalu bagi menjalani kehidupan sebagai orang awam. KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN 2012 Pada 28.06.2012(KHAMIS) yang lalu kejohanan olahraga dan balapan telah dapat dilangsungkan dengan jayanya. Tahniah dan syabas rumah kuning kerana menjadi johan tahun ini. Yang kalahtu cuba lagi ditahun hadapan.
PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2012 Pada : 2.1.2012(ISNIN)
PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR TAHUN 2011Pada : 17.11.2011(KHAMIS)
MESYUARAT AGUNG PIBG KE35 TAHUN 2011 Pada : 23.4.2011(AHAD) Dirasmikan oleh YB Hj.Hamim Bin Samuri PENEMPATAN MANGSA BANJIR 2011 "PENDAFTARAN TAHUN 1 DAN PEMBELIAN ALATAN SEKOLAH" Tarikh : 31.12.2010 (Jumaat) Masa : 8.00 - 12.00Pagi Pengumuman UPSR 2010 Pada 11.11.2010
Seramai 13 murid mendapat 5A dan 14 murid mendapat 4A 1B. Tahniah dan syabas SKA..... PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN PADA 1 JANUARI 2010
PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2009 PADA 19.11.09(KHAMIS) Seramai 21 murid mendapat 5A dan ibu bapa turut meraikan kejayaan anak-anaknya "Tahniah dan Syabas" "Tahniah!!!"Seramai13 orang murid pula mendapat 4A,1B MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN BARU 4 TINGKAT. Pada 20 Ogos 2009 yang lalu penyerahan bangunan baru telah dilaksanakan. Ini bermakna projek tersebut telah berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Terima kasih kepada pihak kontraktor. Walau bagaimana pun ada sedikit sebanyak kecacatan yang perlu di atasi sebelum dapat digunakan sepenuhnya.
MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-33
Pada 14 Februari 2009 ( Sabtu), Sekolah telah mengadakan Mesyuarat Agong PIBG kali ke-33 yang diadakan di dewan Sekolah Penghulu Abdullah bermula jam 8.00 pagi. Mesyuarat ini telah dijayakan dengan kerjasama ibu bapa, ahli jawatankuasa dan guru-guru.
Tahniah juga kepada semua guru Sekolah kerana telah bertungkus-lumus siang dan malam untuk menjayakan mesyuarat tersebut. Tanpa semua guru pasti majlis ini tidak dapat berjalan dengan licinnya dan sempurna.
Mesyuarat PIBG yang diadakan setiap tahun bertujuan melantik ahli jawatankuasa baru dan membincangkan mengenai kemajuan sekolah dan murid. Dengan adanya mesyuarat sebegini, pelbagai aktiviti sekolah dapat dijalankan antaranya motivasi murid dan guru, sambutan Maulidurasul dan sebagainya. |